KEDAH dan Selangor berjaya melepasi halangan getir separuh akhir apabila menerima tentangan sengit terutama dalam perlawanan kedua daripada lawan masing-masing untuk menempah pertemuan pada aksi final Piala Malaysia yang dijadual 23 Ogos ini (Sabtu).

Dua pasukan paling berjaya dalam kancah Liga Malaysia itu mengulangi pertemuan mereka dalam perlawanan akhir Piala FA dua bulan lalu yang dimenangi Kedah 3-2.

Sebelum itu Kedah merangkul gelaran pertama mereka musim ini selepas menjuarai Liga Super yang berakhir awal bulan Mei lepas.

Kedua-dua pasukan melalui detik yang hampir serupa sebelum berjaya meloloskan diri di peringkat separuh akhir.

Kedah berjaya ke peringkat akhir selepas menundukkan Terengganu menerusi kemenangan aggregat 3-2.

Walaupun menang selesa 3-0 pada perlawanan pertama di Alor Star, impian Kedah hampir-hampir berkubur apabila Terengganu bangkit melawan pada perlawanan kedua, namun dengan hanya dua gol yang berjaya dicipta, pasukan Penyu terlepas peluang untuk mencipta kejutan.

Selangor pula lebih bernasib baik apabila berjaya mencipta kemenangan 2-0 ke atas Johor FC di Shah Alam, di mana gol kedua pasukan itu dijaringkan pada minit-minit akhir perlawanan.

Usaha Johor FC untuk ke pentas final akhirnya berkecai apabila mereka sekadar memperoleh kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan kedua, walaupun bermati-matian untuk menambah jaringan gol.

Walau apa pun, syabas dan tahniah kepada semangat juang kental ditunjukkan pasukan Johor FC dan Terengganu yang mempersembahkan perlawanan bermutu bagi menyaingi pasukan lebih berpengalaman seperti Kedah dan Selangor.

Kepada skuad Kenari dan Red Giants pula sekalung penghargaan atas kejayaan mereka beraksi di final Piala Malaysia selepas mengharungi pelbagai cabaran pada saingan peringkat kumpulan.

Semoga perlawanan akhir nanti menjanjikan aksi hebat daripada kedua-dua pasukan bagi memastikan prestij pertandingan Piala Malaysia kekal yang terunggul di negara ini.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Netvouz
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb


3 Responses for "Kedah, Selangor terima tentangan sengit sebelum lolos ke final Piala Malaysia"

  1. Blog Zool Ligakampung » Blog Archive » Final Piala Malaysia 2008 August 23rd, 2008 at 3:06 am

    […] saya tidaklah mengikuti sangat perkembangan Piala Malaysia tapi tentangan sengit yang diterima oleh Kedah dan Selangor pada separuh akhir menunjukan betapa sengitnya pertarungan PIala Malaysia tahun ni. DIharap […]

  2. WILLIAM August 23rd, 2008 at 11:51 am

    HAI KEDAH TEWASKAN SELANGGOR HARI INI

  3. rock best August 23rd, 2008 at 5:44 pm

    selangor kau mesti tunjuk kepada kedah…………SELANGOR BOLEH….

    My Prediction SELANGOR1 kedah0


Leave a comment