Monthly Archives: August 2008

Angka 6 bawa tuah kepada Kedah

TEMPOH enam minit pada babak pertama ternyata membawa mala petaka buat Selangor, sebaliknya Kedah bermegah apabila merangkul piala keenam berturut-turut sebaik berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia penuh drama di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Barangkali barisan pemain Kedah dan penyokong setia mereka pun tidak menyangka hanya enam minit masa yang diperlukan untuk mempertahankan piala paling [...]

Aksi menarik final Piala Malaysia 2008

KEDAH membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara selepas membenam Selangor 3-2 pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-82 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Kejayaan itu sekali gus menjulang Kedah untuk terus mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu juara liga (Liga Super), Piala FA dan Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut.
Di samping itu, ia [...]

Gol perlawanan akhir Piala Malaysia 2008

KEDAH berjaya menjuarai Piala Malaysia 2008 selepas menundukkan Selangor 3-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi yang turut disaksikan Baginda Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Untuk tatapan peminat-peminat bola sepak tempatan dipaparkan semua gol-gol yang dijaringkan pada perlawanan akhir tersebut:

Kedah juara Piala Malaysia

Skuad Kenari tewaskan Selangor 3-2 pada aksi final untuk muncul juara

LANGIT cerah seolah-olah berubah warna malam tadi.
Tidak salah jika pencinta bola sepak ternampak jalur-jalur berwarna hijau kuning memayungi 37,000 penonton di Stadium Nasional di Bukit Jalil.
Apa tidaknya, Kedah melengkapkan musim gemilang dengan menjulang Piala Malaysia, trofi kebanggaan rakyat Malaysia dan masyarakat bola sepak tempatan.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan didominasi Kedah

KEDAH meneruskan kecemerlangan mereka musim ini apabila memenangi tujuh daripada 10 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus yang diumumkan hari ini.
Penjaga gol Kedah Mohd Helmi Eliza Elias mengungguli dua anugerah iaitu Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Paling Berharga.
Helmi, 25, yang beraksi konsisten untuk Kedah sepanjang musim ini selain aksi bersama skuad kebangsaan, telah menarik perhatian [...]

Final Piala Malaysia: Marlon mimpi ngeri pertahanan Selangor

NAMA Marlon Alex James mencetuskan keresahan di kalangan barisan pertahanan tetapi tidak buat Evans Chisulo yang mungkin diberi tugas ‘merantai’ penyerang berbadan sasa itu pada perlawanan akhir Piala Malaysia, malam ini.
Marlon yang memiliki ketinggian 6 kaki 2 inci adalah mimpi ngeri buat pertahanan Selangor dengan pemain antarabangsa St Vincent & Grenadines itu sudah meledakkan tiga [...]

Final Piala Malaysia: Dollah serik sering tewas

SELEPAS tiga kekalahan berturut-turut kepada Kedah musim ini termasuk di perlawanan akhir Piala FA Jun lalu, jurulatih Selangor Dollah Salleh mengakui serik dengan kekecewaan berdepan Hijau Kuning dan yakin perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, memihak pasukannya.
Keyakinan bekas penyerang kebangsaan itu adalah berdasarkan komitmen anak buahnya kebelakangan ini, serta saingan [...]

Final Piala Malaysia: Shukor tekad lunas dendam

KEDAH kini semakin hampir untuk mencipta kejayaan unik dengan menjuarai enam piala dalam masa hanya dua musim, namun kapten Selangor, Shukor Adan mahu memastikan buruan kejuaraan keenam Piala Malaysia tidak akan diperoleh dengan mudah oleh Hijau Kuning.
Bagi pemain tengah kebangsaan itu, Selangor kini tampil sebagai pencabar terakhir yang mampu menafikan hasrat Kedah itu dan percaya [...]

Final Piala Malaysia: Aksi balas budi Marlon

PENJARING terbanyak pasukan Kedah, Marlon Alex James mahu memastikan Kedah menjuarai Piala Malaysia musim ini sebagai tanda terima kasihnya kepada ribuan peminat Hijau Kuning dan majikannya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sejak dua musim lalu.
Menurutnya, dia mengetahui ini adalah perlawanan terakhir bersama pasukan Kedah kerana keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mengizinkan pemain import musim depan [...]

Kedah, Selangor terima tentangan sengit sebelum lolos ke final Piala Malaysia

KEDAH dan Selangor berjaya melepasi halangan getir separuh akhir apabila menerima tentangan sengit terutama dalam perlawanan kedua daripada lawan masing-masing untuk menempah pertemuan pada aksi final Piala Malaysia yang dijadual 23 Ogos ini (Sabtu).

page counter