Monthly Archives: July 2008

Chelsea menang tipis ke atas Malaysia

DI SEBALIK menguasai sebahagian besar perlawanan, Chelsea gagal mencatat kemenangan bergaya ke atas Malaysia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam ini.
Di atas kertas Malaysia ternyata bukan lawan sebenar Chelsea, namun masih mampu memberikan sedikit tentangan ke atas kelab Liga Perdana Inggeris itu yang dibimbing jurulatih dari Brazil, Luiz Felipe Scolari.
Dua gol jaringan Nicolas [...]

Johor FC sahkan tempat ke suku akhir

JOHOR FC dan MyTeam kembali melonjak ke tangga teratas kumpulan masing-masing selepas membenam lawan mereka dalam saingan Piala Malaysia malam ini.
Kemenangan 3-2 mengatasi PDRM mengesahkan kemaraan Johor FC ke peringkat suku akhir selepas mengumpul 20 mata untuk menerajui saingan kumpulan B.
Dua jaringan Gustavo Fuentes dan satu daripada Azuwad Md Arip memastikan anak buah Ramlan Rashid [...]

Kebangkitan Kenari sukar dibendung

BUAT julung kalinya dalam kempen Piala Malaysia kali ini, Kedah mengecap nikmat menduduki tangga teratas Kumpulan B selepas bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk membelasah Pulau Pinang 6-2 di depan penyokong sendiri malam ini.

Johor FC lonjak tangga teratas

PERSAINGAN kumpulan B bagi kempen Piala Malaysia kini semakin sengit ekoran kemenangan Johor FC ke atas Pulau Pinang 2-1 di Stadium Bandaraya malam ini.
Kemenangan tersebut membolehkan pasukan dari selatan itu merampas kedudukan pendahulu Kumpulan B bagi menghangatkan persaingan memburu slot ke suku akhir.
Johor FC kini unggul dengan 17 mata diikuti PDRM (15) dan Kedah (15). [...]

Perak, Perlis mara ke suku akhir Piala Malaysia

LEDAKAN hatrik Farderin Kadir membantu Perlis mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Pasir Gudang 3-0 di Stadium Utama, Kangar sekaligus menduduki tangga teratas kumpulan C.
Farderin menjaringkan satu gol pada babak pertama selepas enam minit perlawanan bermula sebelum menambah dua lagi gol pada babak kedua masing-masing minit ke-75 dan 86.
Manakala satu lagi negeri [...]

Terengganu cerahkan peluang ke suku akhir

TERENGGANU mencerahkan harapannya untuk ke suku akhir Piala Malaysia selepas mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas Melaka di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, malam tadi.
Gol-gol tuan rumah dijaringkan oleh Mazuki Yusof (minit 23), Zairo Anuar Zalani (57), Abdul Manaf Mamat (79) dan Wan Mohd Aliff Jasmi (86).
Kemenangan itu membolehkan Terengganu mengumpul 16 mata [...]

Suasana emosi iringi kemenangan Kedah

KEDAH mengutip tiga mata penuh dengan membelasah Sabah 5-1 pada malam yang penuh emosi berikutan kematian arkitek yang banyak membangunkan bola sepak sang Kenari, Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil, beberapa jam sebelumnya.
Sejurus selepas memastikan kemenangan di depan ribuan penonton di Stadium Darul Aman, jurulatih Azraai Khor Abdullah dan anak buahnya menziarahi jenazah di kediaman [...]

Kedah terus menyengat, Selangor cemerlang

KESEDIHAN kehilangan bekas pengurus dan tokoh pembangunan bola sepaknya, Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang meninggal dunia, petang semalam tidak menjejaskan Kedah untuk beraksi cemerlang menewaskan Sabah 5-1 pada perlawanan Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Selangor yang terhimpit dengan kontroversi pergaduhan antara dua pemainnya dengan seorang penyokong turut cemerlang selepas [...]

Datuk Ahmad Basri meninggal dunia

BEKAS Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star kira-kira jam 3.0 petang tadi.
Team BolaCyber.com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, yang telah banyak menyumbangkan jasa dalam pembangunan bola sepak tanah air.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Lt Jen (B) Datuk Azzuddin Ahmad, [...]

Perubahan carta kumpulan Piala Malaysia

BERIKUTAN keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memotong tiga mata daripada Negeri Sembilan akibat menukar seorang pemain bawah 21 dengan seorang pemain import ketika menentang Selangor di Stadium Shah Alam pada 27 Jun lalu, kedudukan Kumpulan A Piala Malaysia telah dipinda.
Peraturan FAM menetapkan seorang pemain Bawah 21 tahun mesti diturunkan sepanjang tempoh [...]

page counter