content top round

Angka 6 bawa tuah kepada Kedah

TEMPOH enam minit pada babak pertama ternyata membawa mala petaka buat Selangor, sebaliknya Kedah bermegah apabila merangkul piala keenam berturut-turut sebaik berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia penuh drama di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Barangkali barisan pemain Kedah dan penyokong setia mereka pun tidak menyangka hanya enam minit masa yang diperlukan untuk mempertahankan piala paling berprestij yang mereka menangi tahun lalu.

Segala-galanya bermula pada minit ke-31 apabila penyerang import Kedah, Marlon Alex James lolos meninggalkan seluruh benteng lawan sebelum menolak masuk untuk gol pertama ketika skuad Kenari ketinggalan menerusi gol pembukaan Frank Seator pada minit ke-18. Read the rest of this entry »


Aksi menarik final Piala Malaysia 2008

KEDAH membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara selepas membenam Selangor 3-2 pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-82 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kejayaan itu sekali gus menjulang Kedah untuk terus mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu juara liga (Liga Super), Piala FA dan Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut.

Di samping itu, ia merupakan kali keempat Kedah menjulang Piala Malaysia selepas melakukannya pada 1990, 1993 dan 2007. Read the rest of this entry »


Gol perlawanan akhir Piala Malaysia 2008

Piala MalaysiaKEDAH berjaya menjuarai Piala Malaysia 2008 selepas menundukkan Selangor 3-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi yang turut disaksikan Baginda Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Untuk tatapan peminat-peminat bola sepak tempatan dipaparkan semua gol-gol yang dijaringkan pada perlawanan akhir tersebut: Read the rest of this entry »


Kedah juara Piala Malaysia

Skuad Kenari tewaskan Selangor 3-2 pada aksi final untuk muncul juara

LANGIT cerah seolah-olah berubah warna malam tadi.

Tidak salah jika pencinta bola sepak ternampak jalur-jalur berwarna hijau kuning memayungi 37,000 penonton di Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Apa tidaknya, Kedah melengkapkan musim gemilang dengan menjulang Piala Malaysia, trofi kebanggaan rakyat Malaysia dan masyarakat bola sepak tempatan. Read the rest of this entry »


Anugerah Bola Sepak Kebangsaan didominasi Kedah

Kedah FAKEDAH meneruskan kecemerlangan mereka musim ini apabila memenangi tujuh daripada 10 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus yang diumumkan hari ini.

Penjaga gol Kedah Mohd Helmi Eliza Elias mengungguli dua anugerah iaitu Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Paling Berharga.

Helmi, 25, yang beraksi konsisten untuk Kedah sepanjang musim ini selain aksi bersama skuad kebangsaan, telah menarik perhatian peminat tempatan sewaktu perlawanan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea baru-baru ini. Read the rest of this entry »


Selangor FANAMA Marlon Alex James mencetuskan keresahan di kalangan barisan pertahanan tetapi tidak buat Evans Chisulo yang mungkin diberi tugas ‘merantai’ penyerang berbadan sasa itu pada perlawanan akhir Piala Malaysia, malam ini.

Marlon yang memiliki ketinggian 6 kaki 2 inci adalah mimpi ngeri buat pertahanan Selangor dengan pemain antarabangsa St Vincent & Grenadines itu sudah meledakkan tiga gol dalam kemenangan 6-2 ke atas Merah Kuning dalam liga di Alor Star. Read the rest of this entry »


Selangor FASELEPAS tiga kekalahan berturut-turut kepada Kedah musim ini termasuk di perlawanan akhir Piala FA Jun lalu, jurulatih Selangor Dollah Salleh mengakui serik dengan kekecewaan berdepan Hijau Kuning dan yakin perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, memihak pasukannya.

Keyakinan bekas penyerang kebangsaan itu adalah berdasarkan komitmen anak buahnya kebelakangan ini, serta saingan Piala Malaysia yang cukup berbeza berbanding Piala FA dan Liga Super. Read the rest of this entry »


Selangor FAKEDAH kini semakin hampir untuk mencipta kejayaan unik dengan menjuarai enam piala dalam masa hanya dua musim, namun kapten Selangor, Shukor Adan mahu memastikan buruan kejuaraan keenam Piala Malaysia tidak akan diperoleh dengan mudah oleh Hijau Kuning.

Bagi pemain tengah kebangsaan itu, Selangor kini tampil sebagai pencabar terakhir yang mampu menafikan hasrat Kedah itu dan percaya pasukannya kini lebih bersedia berdepan cabaran lawan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Read the rest of this entry »


Final Piala Malaysia: Aksi balas budi Marlon

Kedah FAPENJARING terbanyak pasukan Kedah, Marlon Alex James mahu memastikan Kedah menjuarai Piala Malaysia musim ini sebagai tanda terima kasihnya kepada ribuan peminat Hijau Kuning dan majikannya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sejak dua musim lalu.

Menurutnya, dia mengetahui ini adalah perlawanan terakhir bersama pasukan Kedah kerana keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mengizinkan pemain import musim depan dan mahu memastikan dia meninggalkan pasukan kesayangan itu dengan kepuasan menjuarai Piala Malaysia. Read the rest of this entry »


KEDAH dan Selangor berjaya melepasi halangan getir separuh akhir apabila menerima tentangan sengit terutama dalam perlawanan kedua daripada lawan masing-masing untuk menempah pertemuan pada aksi final Piala Malaysia yang dijadual 23 Ogos ini (Sabtu). Read the rest of this entry »


Hajat Badrol lakar sejarah buat Kedah

Kedah FA“ANGAN-angan sejak zaman kanak-kanak bakal jadi kenyataan.”

Demikian luahan bintang muda Kedah, Badrol Bakhtiar, 20, yang ingin melakar sejarah dengan membantu pasukannya merangkul enam kejuaraan dalam masa dua tahun berturut-turut.

Impian pemain sayap kanan skuad Kenari itu akan dapat dilihat pada perlawanan akhir saingan bola sepak Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini. Read the rest of this entry »


Selangor FAAKSI sulung di pentas perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini tidak membuatkan pemain tengah Selangor, Amirulhadi Zainal berasa gugup, sebaliknya ia menyemarakkan keazamannya untuk membantu Merah Kuning merampas kembali piala itu.

Anak kepada bekas pemain sayap Selangor, Zainal Nordin itu ketika usia mudanya kerap menyaksikan bapanya beraksi dalam saingan Piala Malaysia dan dia mengerti betapa pentingnya kejuaraan Piala Malaysia buat Selangor.

Justeru, merangkul Piala Malaysia adalah sasaran utamanya ketika ini selepas tewas kepada Kedah pada perlawanan akhir Piala FA Jun lalu serta gagal menjuarai Liga Super. Read the rest of this entry »